Tuesday, December 15, 2015

Mengapa Perlu Ambil Madu?

Madu mudah dihadam 

  • Ini kerana molekul madu boleh bertukar kepada gula lain seperti glukosa dan fruktosa yang mudah diserap walaupum oleh perut yang palin sensitif sungguhpun kandungan asidnya tinggi. Malah madu boleh meningkatkan fungsi ginjal dan usus.

Membantu pembentukan darah

  • Madu membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan darah. Ia juga membantu membersihkan dan melancarkan pengedaran darah. Madu turut berfungsi sebagai pelindung kepada masalah kapilari dan arteriosklerosis ( keadaan dinding arteri yang menjadi keras, tebal dan hilang kekenyalan)

Pantas tersebar melalui darah

  • Apabila diambil bersama air, dalam tempoh  hanya 7 minit madu cepat tersebar dan berbaur dalam aliran darah. Molekulnya yang bebas gula menjadikan otak kita dapat berfungsi dengan baik.

Berkalori rendah

  • Jika dibandingkan dengan gula dalam jumlah yang sama, madu memberikan kurang 40% kalori kepada tubuh. Walaupun ia memberi tenaga, kita tidak perlu khuatir akan pertambahan berat badan.

Bebas bakteria

  • Sesuatu yang istimewa tentang madu ialah, bakteria tidak mampu hidup di dalam madu. Ini kerana madu bersifat boleh membunuh bakteria. Oleh itu madu adalah suci daripada bakteria berbagaya

No comments:

Post a Comment