- Bagi anak- anak yang kencing malam, berikan sesudu madu sebelum tidur. Ia membantu mengatasi pembendungan air dan menenangkan rasa bimbang si anak.
Merawat luka, lecur dan calar
- Sapukan madu pada bahagian tubuh yang luka ataupauna calar. Madu mempercepatkan proses sembuh.
Atasi lesu
- Larutkan sesudu bersaiz sederhana madu dalam air suam dan minum. Kerana madu mengandungi fruktosa dan glukosa, ia cepat diserap oleh sistem penghadaman. Justeru dapat memberi tenaga segera kepada tubuh.
Anemia
- Madu amat baik untuk mengatasi masalah kurang darah. Semakin gelap warna madu, beerti semakin banyak kandungan mineralnya.
Osteoporosis
- Sesudu teh madu sehari dikatakan dapat menambahkan kalsium dan menghalang osteoporosis. Ia penting apabila seseorang mencecah usia 50 tahun dan ke atas.
Batuk dan sakit tekak
- Pada Disember 2006, kajian dilakukan oleh penyelidik dari Penn State College of Medicine. Mereka mendapati untuk merawat batuk, madu lebih mujarab berbanding ubat batuk biasa dan lebih selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia dua hingga 18 tahun. Madu membantu mengurangkan batuk pada sebelah malam.
Untuk mengurangkan batuk dan sakit tekak, kemam sesudu madu dan biarkan nya mencair dan mengalir perlahan-lahan menuruni tekak anda. Ia melegakan inflamasi tisu.
Migrain
Jantung
Hiperkatif
Migrain
- Gunakan sudu bersaiz sederhana untuk mencedok madu. Untuk mengatasi migrain, larutkan sesudu madu di dalam setengah gelas air suam. Ketika sakit menyerang, hirup bancuhan air ini. Jika perlu, ulang setiap 20 minit. InsyaAllah migrain akan lega kerana migrain selalunya dikaitkan dengan stress. Madu dapat mengendurkan emosi yang sedang stress.
Jantung
- Tonik daripada campuran madu dan halia didapati memberikan kesan yang baik kepada kesihatan jantung. Ia melegakan ketegangan pembuluh darah jantung. Ia mengurangkan tekanan darah seterusnya mengurangkan risiko mengalami serangan jantung, atheroclosis dan strok.
Caranya, campurkan sesudu teh, jus halia dengan sesudu madu dan telan. Jadikan ianya diet harian.
Hiperkatif
- Gantikan gula dengan madu untuk anak-anak hiperkatif. Madu mengandungi sedatif lembut yang kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino. Sebaliknya gula merangsang anak tanpa nilai makanan bernutrisi.