Tuesday, December 15, 2015

Mengapa Perlu Ambil Madu?

Madu mudah dihadam 

  • Ini kerana molekul madu boleh bertukar kepada gula lain seperti glukosa dan fruktosa yang mudah diserap walaupum oleh perut yang palin sensitif sungguhpun kandungan asidnya tinggi. Malah madu boleh meningkatkan fungsi ginjal dan usus.

Membantu pembentukan darah

  • Madu membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan darah. Ia juga membantu membersihkan dan melancarkan pengedaran darah. Madu turut berfungsi sebagai pelindung kepada masalah kapilari dan arteriosklerosis ( keadaan dinding arteri yang menjadi keras, tebal dan hilang kekenyalan)

Pantas tersebar melalui darah

  • Apabila diambil bersama air, dalam tempoh  hanya 7 minit madu cepat tersebar dan berbaur dalam aliran darah. Molekulnya yang bebas gula menjadikan otak kita dapat berfungsi dengan baik.

Berkalori rendah

  • Jika dibandingkan dengan gula dalam jumlah yang sama, madu memberikan kurang 40% kalori kepada tubuh. Walaupun ia memberi tenaga, kita tidak perlu khuatir akan pertambahan berat badan.

Bebas bakteria

  • Sesuatu yang istimewa tentang madu ialah, bakteria tidak mampu hidup di dalam madu. Ini kerana madu bersifat boleh membunuh bakteria. Oleh itu madu adalah suci daripada bakteria berbagaya

Friday, November 27, 2015

D.I.Y dengan Madu

Kencing semasa tidur
  • Bagi anak- anak yang kencing malam, berikan sesudu madu sebelum tidur. Ia membantu mengatasi pembendungan air dan menenangkan rasa bimbang si anak.

Merawat luka, lecur dan calar
  • Sapukan madu pada bahagian tubuh yang luka ataupauna calar. Madu mempercepatkan proses sembuh.

Atasi lesu
  • Larutkan sesudu bersaiz sederhana madu dalam air suam dan minum. Kerana madu mengandungi fruktosa dan glukosa, ia cepat diserap oleh sistem penghadaman. Justeru dapat memberi  tenaga segera kepada tubuh.

Anemia
  • Madu amat baik untuk mengatasi masalah kurang darah. Semakin gelap warna madu, beerti semakin banyak kandungan mineralnya.

Osteoporosis
  • Sesudu teh madu sehari dikatakan dapat menambahkan kalsium dan menghalang osteoporosis. Ia penting apabila seseorang mencecah usia 50 tahun dan ke atas.

Batuk dan sakit tekak
  • Pada Disember 2006, kajian dilakukan oleh penyelidik dari Penn State College of Medicine. Mereka mendapati untuk merawat batuk, madu lebih mujarab berbanding ubat batuk biasa dan lebih selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia dua hingga 18 tahun. Madu membantu mengurangkan batuk pada sebelah malam.

Untuk mengurangkan batuk dan sakit tekak, kemam sesudu madu dan biarkan nya mencair dan mengalir perlahan-lahan menuruni tekak anda. Ia melegakan inflamasi tisu.



Migrain
  • Gunakan sudu bersaiz sederhana untuk mencedok madu. Untuk mengatasi migrain, larutkan sesudu madu di dalam setengah gelas air suam. Ketika sakit menyerang, hirup bancuhan air ini. Jika perlu, ulang setiap 20 minit. InsyaAllah migrain akan lega kerana migrain selalunya dikaitkan dengan stress. Madu dapat mengendurkan emosi yang sedang stress.

Jantung
  • Tonik daripada campuran madu dan halia didapati memberikan kesan yang baik kepada kesihatan jantung. Ia melegakan ketegangan pembuluh darah jantung. Ia mengurangkan tekanan darah seterusnya mengurangkan risiko mengalami serangan jantung, atheroclosis dan strok.

Caranya, campurkan sesudu teh, jus halia dengan sesudu madu dan telan. Jadikan ianya diet harian.


Hiperkatif 
  • Gantikan gula dengan madu untuk anak-anak hiperkatif. Madu mengandungi sedatif lembut yang kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino. Sebaliknya gula merangsang anak tanpa nilai makanan bernutrisi.





Sunday, November 15, 2015

JENIS MADU KAUSAR


BOTOL BESAR Berat 910 gram RM 80


KAUSAR EMAS

  • Dihasilkan dari koloni lebah yang diletakkan dikalangan bunga Thyme liar di Pergunungan Sabalan Azerbaijan Iran. Bungaan ini telah diguna dalam perubatan tradisional di Iran untuk mengubati penyakit bronchitis, batuk kering, cirit-birit, gatal-gatal dan sakit perut.

  • Kausar Emas juga mempunyai kandungan antioxidant dan antibacterial yang tinggi dan lebih rendah kandungan sukros. Kausar Emas amat sesuai untuk mencegah penyakit kanser, penyakit jantung dan kencing manis.



BOTOL BESAR Berat 910 gram RM 60

KAUSAR HIJAU
  • Dikumpul dari kawasan pertanian dan pergunungan sekitar Ardabil. Ianya merupakan hasil campuran pelbagai bungaan liar, bunga tanaman dan pokok buah-buahan yang mengandungi tenaga yang lebih tinggi dan aroma yang lebih wangi. 

  • Ia nya menyediakan khasiat minuman untuk ahli sukan dan mereka yang mengalami masalah keletihan kronik dan fizikal, amat baik untuk pelajar yang menduduki peperiksaan dan penjagaan kulit.


BOTOL BESAR Berat 910 gram RM 70

KAUSAR MERAH

  • Madu yang dihasilkan dari pelbagai jenis bunga herba saperti Lippia Citriodora (lemon verbena), Rosmarinus Officinalis (rosemary) dan Valeriana Officinalis (valerian). 

  • Ia nya sesuai untuk melegakan sakit kepala dan migrin, tekanan, gastrik dan sakit perut, kesukaran untuk tidur, darah tinggi waktu mengandung dan masalah wanita.